Ustaz Ibnu Abdil Barry

Ustadh Ibnu Abdil Barry Bin Ubaidillah atau dikenali sebagai Ustaz Barry berasal daripada Indonesia dan telah berkahwin dengan warganegara Malaysia dan juga menetap di Malaysia.  


Setelah beliau menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Cairo Egypt, Ijazah (B.A) dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab, pada tahun 2000 hingga 2004, Ustaz Barry telah melanjutkan pembelajarannya di Universiti Al-Azhar, Cairo Egypt, Pre-master Bahasa dan Sastra Arab pada tahun 2004 hingga 2007.   Pada tahun 2009 hingga 2019, beliau ialah Imam dan pengajar di Surau al-Ulum Seksyen 9 Kota Damansara. 


Sejak tahun 2000, beliau adalah seorang pengajar bebas bagi subjek seperti Quranic Arabic, Egyptian Arabic, Bahasa dan Sastera Arab untuk pelajar sekolah menengah, universiti, dan umum. Beliau juga adalah salah satu pengajar di Pertubuhan Al-Khaadem sejak tahun 2010. Beliau juga pengasas dan penasihat BEANA HOME QURAN sejak tahun 2017. Pada tahun 2019, Ustaz Barry juga telah berpeluang menjadi Pensyarah Pelawat Kolej University Islam Antarabangsa Selangor.

Sheikh Sajad Ahmad
Our Scholars
Ustaz Syihabudin Ahmad