Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Ustaz Abd Muein Abd Rahman berasal dari Pulau Pinang dan kini menetap di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. KIni beliau adalah pendakwah bebas sepenuh masa. Ustaz Abd Muein bersekolah di Sekolah Menengah Arab Panchor, Pengkalan Chepa, Kelantan dan meneruskan pembelajarannya di Maahad Muhammadi, Kelantan. Beliau juga adalah salah satu graduan Universiti Umm Qura’ BA dalam Bahasa Arab pada tahun 1986 sehingga tahun 1997. Beliau adalah salah satu tenaga Pengajar di IPTS Kolej Jaipetra, Kota Bharu, Kelantan untuk selama 5 tahun. Ustaz Abd Muein merupakan Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor sejak tahun 2015 sehingga kini. Beliau mengetuai, membimbing, melatih dan melaksanakan misi dakwah dan kebajikan secara bersiri di beberapa daerah dalam negeri di Malaysia seperti :
  1. Gua Musang di Kelantan (Sejak tahun 2015)
  2. Kuching, Miri dan Sibu di Sarawak (Tahun 2016-2017)
  3. Semporna dan Sandakan di Sabah (Bermula tahun 2017-kini)
Ustaz Romizi
Teacher
Ustadha Shahreen