Mohd Romizi Bin Robakin dilahirkan pada 24 Ogos 1982, di Hospital Mentakab, Pahang. Beliau dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor. Beliau telah pun berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata.
Pendidikan sekolah rendah di SRK SG Way, Petaling Jaya. Kemudian, mendapat Pendidikan di sekolah Menengah Bandar Sunway, SMBS sehingga tingkatan 3. Selepas tamat peperiksaan PMR, beliau melanjutkan pengajiannya ke Pondok yang kini namanya Pusat Pengajian Islam, Taman Islam, (PPITS), Kemaman, Terengganu selama 4 tahun. Pernah dianugerahkan Pelajar Terbaik Aliran Khususi pada tahun 1999.
Pada tahun 2001, beliau melanjutkan lagi pengajian ke Ma’ahad Ta’lim Lughatul Arabiah & Ma’ahad Sheikh Badaruddin @ Aminiyah. Dan pada 2009 dilantik sebagai Ketua Guru @ Guru Besar di sekolah yang sama pada tahun 2009 sehingga 2012.
Pada tahun 2012 hingga 205, beliau dilantik oleh JAIS & MAIS sebagai Nazir Masjid, di MAHBS, Masjid Al-Husna, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor, selama 1 penggal.
Pada tahun 2015 hingga 2016, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Bahasa Arab di Markaz Nail, Hayyu Sabi’ & Talaqqi Quran bersanad di Kaherah Mesir.
Kini bertugas sebagai pendakwah bebas, dibawah tauliah JAIS dalam bidang Quran, Bahasa Arab dan lain-lain. Telah menubuhkan Pusat Pengajian yang dinamakan sebagai Markaz Al-Irshad, Taman Medan, Petaling Jaya pada 1 Ogos 2018.
Selain kerap mendapat jemputan dakwah di dalam negara, beliau juga aktif berdakwah diluar negara termasuk di Asia Tenggara; Singapura, Vietnam dan Kemboja, dan di Timur Tengah; Mesir, Syria, Jordan, Lubnan, UAE, Arab Saudi (Mekah dan Madinah) iaitu sebagai Mutawwif dan di United Kingdom (Birmingham, Manchester, London & Scotland).
